Thursday 14 March 2013

astaga.. lamanya x update...

since then, banyak benda berlaku and some getting better some other myb not ..

I would like to share my precious moment from my visit to Korea, Nov 2012.  Since i've been admiring Korea for a long time ago, moment like this would be unforgettable..

meh kita layan sikit2 gambo visit to Korea.. my dream come true..


first day arrival .. happy x sangga..

kesejukkan yg amat.. tp bila dapat melahap ikan sepinggan besor.. lega. sedap yg amattttt
 

day 2 - posing kat loby hotel. pagi yg sejuk.. around 3 degres .. owchh
 

Everland .. best !

sgt cantik hokey.. i meant.. the kobis la..

day 3 - after hiking Mt Sorak. lapor nak yg amat. penuhkan perut dengan mama restaurant. delicious ever!

day 4 - apa nama tempat ni tah.. tp best. aku bli poster Jung Yonghwa kat sini..

day 5 - x silap aku.  ini kat Pulau Nami..

day 6 - melawat Istana lama depa..

day 7 - last day with our tourist guide. MIMI u r the best!

batu kat mt sorak.. sejuk sampai ke tulang.




That's it, cerita di Korea. 

After came back from Korea.. aku dikejutkan dgn berita tergempar..  AKU TERMENGANDUNG.. arghh.. rupa-rupanya semasa di Korea, aku dan my BFF Farah sedang mengandung 1 bulan. hahah.. nak tergelak ada.. terkejut lagi banyak laaa

Then I started to felt Morning Sickness for about 2 months.  My first time ever.  Dengan anak2 yang dulu, tak pernah aku rasa perit MS sampai mcm ni.  Berat badan turun sampai 4-5 kg. 

Skrg aku kandungan aku dah 5 months.  Aku semakin menerima kenyataan mengandung sekali lagi.  Walaupun tidak dirancang, ini rezeki dan anugerah dari Yang Esa.  Alhamdullillah.

Saat2 aku mengandung ni pulak, aku sibuk dengan persiapan nak masuk rumah yang hampir siap 2-3 bulan lagi.. Masya Allah.. tau-tau aja la.. perbelanjaan untuk buat rumah bukannya sedikit.. tambah lagi nak kena saving tu bersalin nanti. fuhh.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Dugaan aku untuk tahun 2013. 

80-90 % siap.

 
Walaupun rumah aku x sebesar mana.. tapi cukuplah untuk kami 5 beranak nanti.  Dengan gaji yg makin ciput sebab potongan loan utk umah.. kami akan survive seadanya.. heheh.. nak kata apa..

Tutup cerita cerekarama ni. kita buka kesah enjoy pulak.

Anak2 aku sibuk nak tido hotel, nak mandi kolam bagai.. so, disebabkan kami dah lama tak bawak anak2 bercuti, so, tanpa dirancang, kami sampai ke Penang.  Stay kat Hydro Hotel dengan rate RM190ntt.  Ok la kan..

meh layan gambar anak2 bergumbira sampai x hengat dunia..






tgk anak2 happy.. segala masalah lari sekejap..  Mujurla ada anak2 habuan pengubat stress di tempat kerja.. walaupun kadang2 stress dengan depa bila depa dok buat hal.. budak2.. tau2 ja la kan..

that's all for today.. hv a nice day.. tq sbb sudi singgah di blog merapu merapit ni..

Tuesday 25 September 2012

daddy cool

Semalam balik tgk abah kat kampung.  Abah kena gigit penyengat kat area mata, mata dia bengkak.. sian. tapi tak mau p klinik, katanya nanti lega la..

sedey aku tgk abah yg semakin berusia, tapi masih kuat bekerja di bendang. rehat pun gitu2 aja.  aku nak sangat tengok abah dengan mak berehat bercuti. abah teringin nak melancong ke Sabah Sarawak.  Tapi kewangan aku x mencukupi lagi nak hantar mak abah p melancong.

abah.. cepat sembuh.  kak kesian tgk abah.  tak sampai hati tgk abah sakit, tapi abah bekerja mcm tak ada sakit apa.  minta maaf sebab kak tak dapat nak bantu abah banyak.  mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kami supaya dapat hantar mak abah p mekah.

kita bukan org senang, tapi kak tak pernah menyesal jadi anak mak abah. sebab didikan yang kami dapat tak pernah kurang. 

luv u abah, mak. 

Tuesday 24 July 2012

Missing and Missing

story of my life Part 1

ada  2 maksud missing.  Missing yang bermaksud rindu dan missing yang bermaksu hilang.
these to words meant a lots to me.  Lately, i've been thinking a lots.  There's a lots of thing happen in my life now and years back. 

Kalaulah masa boleh diputar kembali... adakah aku akan berada di sini seperti hari ini atau aku ada seorang insan lain dalam dunia yg berbeza.  Inilah yang dikatakan takdir dan ketetapan dari Allah.  Sebagai insan yang sujud padaNya.. aku redha.. dan bersyukur kerana masih bernyawa dan masih berada dikalangan insan2 yang amat kusayangi.

Now I'm 30's. 

30 years yang mematangkan aku dengan pengalaman hidup. 

dari zaman kanak-kanak hingga remaja kehidupan aku berubah silih berganti.  bersama keluarga tercinta dan berpisah sementara untuk tinggal bersama tok dan chaq.  Tak banyak masa kecil aku bersama keluarga. Darjah 2-3 aku tinggal bersama chaq , tok, Ayu, maksu.. these are antara insan-insan penting dalam idup aku.  then darjah 4-6 aku stay di asrama.  Abah dan Mak tinggal bersama adik di Batu 5.  Chaq meninggal masa aku darjah 6.  (miss him so much).  walaupun chaq garang, tapi aku sayang sgt pada dia. Aku tido dengan dia malam, dan pagi esokknya masa dia sembahyang subuh.. heheh aku curik duit dia 50sen (masa tu 50sen kaya..) nanti nak p sekolah aku dapat lagi 50sen.
Seringgit time sekolah rendah.. oii.. mewah.

(tok dan chaq berpisah masa aku darjah2 lagi. x ingat exactly darjah berapa).

Masuk tingkatan 1, aku mula tinggal dengan Abah dan Mak dan merasa agak kekok memandangkan jarang-jarang bersama mereka.  At that time, aku sgt sensitif!  Asyik ingat kg ja.

Selepas tok meninggal, kami sekeluarga pindah ke rumah pusaka tok.  Then sekali lagi aku terpaksa berpisah dengan family aku untuk tinggal bersama tok tiri aku di kg sebelah.  Tok kematian suami, dulu tinggal bersama cucu lain, tapi cucu tu sambung belajar, so dia tinggal sorang.  (cucu tu sekarang sudah kembali ke rahmatullah kemalangan beberapa tahun lepas.. miss u abeng.  Alfatihah)

sgt sedey waktu tu sebab aku anggap mak aku x sayang aku sbb asyik transfer aku ke sana sini.  Niat mak aku baik sbb nak memudahkan aku bersekolah dan concentrate study. tp jiwa remaja time tu.. mana la nak tau kan.. ujung minggu aku blk umah mak.

Masa aku nak amik SPM, aku tinggal dengan makcik aku di Utan Aji untuk pastikan aku focus pada exam.  Then abis exam, aku kerja di kantin IPTIP sementara tunggu panggilan masuk U.  Susah ulang alik dari umah. Sekali lagi aku pindah ke umah makcik di Batu 5.  Dekat dengan tempat kerja. jalan kaki ja..  see.. I've been transfered to so many 'department' ! huhu...

Luckily aku dapat masuk UiTM Seri Manjung (3 Sem) dan Seri Iskandar (3 Sem). 

This is my greatest moment in my life.  I got many frens and my first time stay away from Perlis.  Saat ni, baru aku mula rapat dengan Abah dan Mak.  Bila berjauhan mcm ni, baru terasa Abah dan Mak tu penting dalam idup. Sebelum ni aku dok rasa mcm Abah dan Mak x sayang aku.  Ntah hapa hapa la..

PART 2

adeh.. panjangnya... plak story

Habis UiTM, aku mula kerja di UniMAP (till now).  Tinggal dengan mak abah dalam hampir 3 tahun, then aku berkahwin dengan BigDaddy.  Bermulalah episod sebagai seorang ISTERI, IBU, dan ANAK.

Sekarang aku amat memahami hati seorang ibu setelah mempunyai 2 anak.  Aku mulai faham betapa mak mana yang x sayang anak dan sanggup berjauhan dengan anak demi kebaikan anak itu sendiri.  Kalau mak aku tak buat mcm tu dulu, aku x tau la macam mana keadaan aku sekarang.  now I understand..

Mempunyai keluarga sendiri memang mudah.. tapi nak menjalani kehidupan berkeluarga.. terlalu banyak onak duri dan perlu give and take. 

Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan dan saling melengkapi.  Kadang-kadang bila diduga.. rasa mcm dah give-up dengan marriage life ni.  Tapi dipikirkan balik.. apa la sangat masalah aku kalau nak dibandingkan dengan masalah org lain yang lebih besar.   So.. redah je...

Kekadang bila tengok keadaan family org lain yang sgt berbeza dengan family kita.. rasa mcm teringin sangat nak ada dalam situasi tu. 

6 tahun hidup bersama, kekadang kemesraan suami isteri semakin berkurangan.  bebanan kerja, bebanan tanggungjawab yang harus dipikul kadang2 mengheret aku menjadi seorang yang lain.  Bila bersama anak2.. suami tu dah letak ke tepi.  mana nak layan suami, mana nak layan anak.. kerja rumah lagi, penat Tuhan saja yang tahu.

Masa untuk diri sendiri tu dah tak ada.  Kekadang dah lupa mcm mana nak menjadikan masa-masa bersama keluarga tu dalam keadaan yang happy dan ceria.  Yes, pastinya keletah anak2 pengubat stress dan kekadang menambah stress.  yang pasti, aku syukur dikurniakan  HAMIM dan HASYA dalam hidup aku.

BigDaddy seorang yang aku rasakan masih belum matang sepenuhnya.  Betul org kata.. lelaki lambat matang.  Dia anak bongsu.. aku anak sulung. We are totally diff.  Seorang yang kadang2 cepat marah tapi cepat cool.  Paling lama mood marah dia aku rasa dalam 2-3 jam ja.  Pastu dia akan cakap elok balik mcm nothing happen. It's good but sometime it's really annoying. hehe.. biasa la..org pompuan akan ingat sekecil-kecil perkara.  Itu yang dok jadi melarat merajuk sehari -dua hari.   Most of the time dia akan buat lawak ntah apa2..dan main dengan anak2 mcm budak2. 

That's him.  Dulu - kini - selamanya (not sure bout that..).  Despite the life we r going through now.. aku terima semua kekurangan dan kelemahan dia kerana aku juga punya kekurangan dan kelemahan.   We'll fix it from time to time.  TOGETHER.  People can change.  Insya Allah..

Disamping hobi dia yang berbagai.. byk gak masa dia dihabiskan untuk hobi berbanding bersama family.  That's why masa aku banyak bersama anak2 as well as menyemai my bad habit.. hehe.. layan TV le.. now i'm in too korean dramas. 

That's how I gain happiness.  

Letter to Myself,

Be strong.   U are sorrounding by people who love u and appreciate u.  Never regret in life! Never look back!

fullstop!

Apa yang aku rindukan dan hilang merupakan lakaran sejarah hidup aku. 


















Wednesday 29 February 2012

TURBAN

Sejak tgk Nabila berlakon cerita langit mende tah kat TV9 semalam.. dia ada pakai turban ni masa ending.  terus terpikat dan teringin dan mencuba.  Era turban ni dah start dari tahun lepas rasanya. tapi masa tu aku mcm tak interested lagi.. dok rasa mesti nampak pelik kalo aku pakai.  tapi.. ada mcm2 cara dan design yg memikat hati aku.. so.. kita jamu mata nengok ja..







tapi idok la aku nak pakai smpai tahap ni..
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_


(pictures.. from google)


Sunday 26 February 2012

Anugerah Illahi

Sejak dikurniakan dua anak, hidup aku totally berhijrah ke alam yg lebih mencabar
tambahan lagi jarak cuma setahun, kiranya mcm kembar!
aku akui aku banyak kelemahan dalam mendidik anak
dengan beban kerja pejabat, balik rumah dengan kerja rumah lagi..

kalau zaman masa aku kecik2 dulu, walaupun aku tak stay dengan mak aku 100% tetapi aku tak pernah
terpikir nak buat benda2 tak elok sebab masa tu cabaran dan pengaruh sosial masih di tahap minima
tapi sekarang, walau anak sekecil 2-3 tahun sudah luas pandangan dan pengaruhnya..
pengaruh tv adalah pengaruh yg paling memberikan kesan

mujurla anak aku ni kurang sikit menonton tv kartun2 apa semua tu.. boleh la tgk tak lebih dari 10 minit
hehe.. nak tengok mcm mana dah mummy asyik tukar channel KBS.. aww.. sori anak2 ku

sejak tabika, anak2 aku semakin banyak benda2 baru yang depa terokai daripada yang elok hinggala yg tak berapa nak elok.

Yang elok tu.. Alhamdulillah.. laa.. yang tak elok tu kadang2 boleh menyirap darah..
especially bila kita larang dengan selamba dia kata
"kalau mummy marah abg, abg nak kata tak dengar.. tak dengar"
kalau aku cubit, boleh plak kata.. "tak sakit..tak sakit"

aku selalunya akan cuba secara lembut dulu.. tapi.. selalunya cara lembut mcm mencurah air ke daun keladi..
so, bila aku start amik rotan bagai.. baru la takut. yang adik tu takut dengan rotan, tapi yg abg tu kalau depan kawan2 dia, dia buat ejek ja aku nak rotan dia.

Ya Allah.. berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mendidik anugerah dariMU..

Aku rasa sgt jeles bila tengok parent yang cakap lembut2 dengan anak2, dan anak2 pun dengar kata.  Aku cuba terapkan mcm tu pada anak2 aku, tapi tetap tak JALAN..

mungkin cara pergaulan sekeliling memainkan peranan, cara mummy dan daddy berinteraksi, cara family sebelah aku dan BD berinteraksi.  Biasala orang utara ni bila bercakap, kadang2 agak kasar. Aku melawak dengan BD pun kadang2 kasar gak.  Ada kalanya kami bergaduh kat umah hingga mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar oleh anak2.  Adat berumah tangga.. ada pasang surutnya..

Idola aku dalam mendidik anak2 adalah abg dan kakak ipar aku. Dari zaman aku bercinta dengan BD hinggala sekarang, abg dan kakak ipar aku sentiasa menjadi idola.

Kak Ipar aku cakap dengan abg aku sentiasa lembut dan sgt prihatin pada suami.  Sepanjang abg ipar aku kena strok, kak ipar aku penuh sabar sentiasa disisi abg ipar aku.  Anak lelaki depa ada 3 orang, dan ketiga2 semua cerdik dan boleh diharapkan.

Biarpun budak2 tu remaja, tapi aku tak pernah nampak depa terikut2 pengaruh yang tak elok.  Family comes first.  Sejak abg sakit, yang sulung tangguh belajar satu sem sebab nak bantu mummy dia. Pelajaran sentiasa on top gak. begitu jg dengan adik2 yg lain.

Mudah2 Allah mempermudahkan aku mendidik anak2 aku jadi orang yang berguna dan taat pada suruhanNYA.

Amin..

Monday 20 February 2012

BLUE

Aku baru sedar yang sejak dari dulu lagi aku mmg meminati kaler biru
dari zaman aku sekolah, aku selalu terikut kawan2 yang suka kaler pink
padahal.. SOUL aku hanya untuk biru..

Sifat Warna Biru :

 melambangkan perasaan yang mendalam,bersifat konsentrasi,cerdas,kejujuran dan patriotik!seorang yang tenang,bijaksana,tidak mudah tersinggung dan mudah mendapat ramai kawan
Hampir 90% kenyataan tu relate dengan aku.. fuhh bangga dengan diri sendiri..

Dan sekarang aku terasa begitu dekat sekali dengan biru.. sangat DEKAT

kalau jumpa beg ni.. aku nakkkkkk

kelengkapan rumah yang diimpikan.. sukanyaaaaa



 bila rumah dah siap nanti.. aku musti akan cuba dominasikan dengan kaler biru.. itupun kalo BD tak luku kepala

yang ni dah beli.. oder kat H&M

high heel kau.. yang aku ada cuma selipar bling2 kaler biru


ini masa kat USS, baju pink pun nak gakk.. pakai tudung biru..

kalau aku boleh bli semua jeans ni sekaligus.. emm alangkahhhh...

my feveret tudung

ini pun biru gakkkk

yang ni.. owwcchhh.. sgt teruja kalo boleh pakai.. tapi apakan daya.. aku bukan aretisss

DAN.... AKU SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SUKA PADA

-
-
-
-
-
-


(semua picta ni cilok dari google.. jg dari koleksi aku sendiri)

BEGITULAH ALKISAH KEGILAAN AKU PADA WARNA BIRU

BB oii

Mana dia BB aku..
cari tak jumpa ni..
kena cari nujum gak tlg tengok sat dok tang mana
akibat dok lengai sgt
tu dia laaa