Tuesday, 17 January 2012

sangat peninggg..

minggu ni aku kena arrange 1 trip ke KL dan satu trip dari KL..
tapi nasib tak menyebelahi aku..
semua tak menjadi.

nak book tiket tak dapat.. sebab fully booked
nak book guest house.. fully booked
nak book transport.. fully booked

aigoo.. aigoo..

yang di sana nak cenggini.. 2x
yang di sini nak cengitu.. 2x

peningg oii..

tapi bila aku tgk muka yonghwa aku..
hilang sat.. pening..
heehe.. nyempat gak nengok!

nak kena arrange lg satu trip ke KL plak minggu depan..
jadual plak penuh!
pastu.. cemana nak buat ni?
serba x kena semuanya..

balik umah.. pening cara dok kat umah
mula2 amik anak2 kat sekolah..
everything under control..
mood masih baik..

tapi bila start keta keluar dari kawasan tabika..
mula la.. aksi..
yg adik nak dok atas riba
yg abg merajuk sbb x beli mainan

dari mood ayu.. mula bertukar jadi hantu!
balik umah.. lagi sakan...
fuh.. mencabar keimanan tahap tinggi..

BD as always.. busy dengan hobby mancing
and mummy has to take care for everything
pasrah..

To housewife yg mempunyai suami kaki pancing
anda dapat membayangkan apa yg aku rasa skrg ni..

I need 'REST'

Friday, 13 January 2012

kegilaan yg melampau

Aku masih GILA.. !

Tak pernah aku rasa begitu bersemangat nak datang kerja.. sebab apa.. ? mesti la sebab aku nak tgk muka Yonghwa kat wallpaper aku ni.. huhu..

Aku dah register fanclub CNBlue. Sekarang, aku nak cari CD pulak.

Mesti kak wani cemus sebab tiap2 hari.. topic aku.. KOREA KOREA.. buka lagu KOREA dalam keta.. nak buat cemana kak wani.. terima ja la..

Muka aku tetiba naik jerawat 2-3 ntah tiba2.. BD kata sebab aku galak sgt kat hero korea tu.. hehe.. pasrah ja la..

Ujung minggu aku akan tido pukul 2-3 pagi semata2 nak tgk KBS. Kalau time anak2 jaga.. cemana nak fokus..

Umo dah jengah 30, tapi belagak serupa remaja! Biarla kan.. kita bkn kacau idup org pun.

YONGHWA.. i'm crazy for u..

(pic credit to google)
sarangheee..

Monday, 9 January 2012

I'm crazy..

Dalam beberapa hari ni.. hidup aku tak menentu disebabkan org2 ni.. walaupun aku baru kenal.. tapi hidup aku terus kacau bilau.. lupakan suami & anak2.. kawan2 pun letak sebelah!.

siapakah mereka..

ta daa..




(pic credit : google)
aduhh.. terlambat plak aku kenal.. org lain dah start tgk 2010.. aku start 2012.. !!

Aigoo..

Monday, 2 January 2012

Thank You POLIS!!

As usual, BIGDADDY yg gila mancing akan keluar mancing then tengah malam baru balik. Kali ni dengan kawan2 dia. Mancing kat Jitra. Semua pakat tinggal motor kat umah aku. ada la.. 4-5 buah motor.  Nak dijadikan cerita..

Semalam, aku tido dalam pukul 11 lebih, so, aku kunci pintu grill dengan pintu kayu aja. ada satu mangga kat luar aku tak kunci.  dalam pukul 1 pagi, aku dengan org bg salam, ketuk tingkap.. ketuk pintu. So, aku ingatkan BIGDADDY balik. cam biasa.. aku dalam keadaan mamai, bukak pintu, letak kunci kat pintu grill tu. selalunya BIGDADDY akan buka kunci sendiri.

Aku pun terus masuk sambung tido.  Yg aku heran tu.. apasal dok bagi salam lagi ni. Aku bukak tingkap bilik, dan bagitau kunci kat pintu grill tu. masuk aja la.. pastu, sorang laki ni datang kat tingkap aku bagitau yang dia Polis. Suruh aku ke pintu depan.

Aku dah cuak gila ni. Ada apa2 jadi kat BD ka.. ishh.. mintak simpang!.

Si Polis ni pun perkenal diri.. rupanya depa buat rondaan kat sekitar kawasan perumahan untuk tgk kawalan keselamatan kat setiap rumah.  Kat rumah aku ni,

1- pintu pagar x tutup
2- ada 4-5 buah motor yang x kunci tengkuk
3- ada kunci mangga, tapi x dikunci dan masih tergantung elok kat grill tu
4- aku pulak dengan bangganya.. p bagi ja kunci kat tadi ni..

Si Polis ni datang dengan kereta polis siap dengan 3-4 orang lagi Polis yang dok check keadaan sekitar rumah. 

Polis nasihatkan aku supaya tingkatkan keselamatan sekitar rumah sebab baru-baru ni 9 buah motor hilang dalam satu malam. 3 buah rumah kena rompak di taman berdekatan.

Lepas polis tu balik, dada aku berdebar2 sampai x boleh nak lelap mata. Argh.. kenapala aku cuai sgt. Semalam kira ok aku kunci pintu grill, kdg2 aku hanya kunci pintu kayu ja. itupun tombol biasa ja.

Aku telefon BD marah2 dia sebab tinggalkan kami anak beranak sampai tengah malam.  Dalam 30minit lepas tu, BD sampai rumah. mcm2 dia dok tanya aku. Aku jawab sikit aja. Then, terus sambung tido. Sakit hati sebab selalu kena tinggal.

Aku x jamin kalau esok lusa dia masih akan berperangai mcm tu. Hobi mancing dah jadi darah daging. Ketagih sungguh.  Dulu masa zaman2 bercinta, x dak pulak dia bgtau nak keluar mancing. Padanla dgn abah aku pun jenis kaki pancing. Owwh... sampai bila aku akan berperang dengan geng joran niii..!

To BD.. please utamakan kami dari HOBI.  Kalau apa2 jadi kat kami, nyesal pun x guna..

Sunday, 1 January 2012

Gatal tangan

Hamim sufi ni.. pantang aku tinggal hp.. cepatt.. ja tangan dia menggatal nak snap gambar.
tgk2 memory card aku penuh dengan gambar2 ntah hapa2..
Daddy la pandai2 ajar anak unlock hp.. sekali dgn hp dia jadi mangsa.. padan muka masing2.
aku plak jenis bkn reti nak simpan elok2 hp ni.. padanla sbb x reti nak simpan tempat tinggi.










x tahannya asyik tangkap gambar dia sendiri ja.. (mcm mummy dia gak la.. ), ni masa kat umah abg suhairi di Sg Petani.  Ada byk lagi yg dia snap.. aku rasa sayang nak buang hasil kreativiti hamim ni.. biarla x dak apa2 makna bg org lain, tapi bagi aku semua yg anak aku buat, amat bermakna untuk aku..

2012

Selamat Tahun Baru!

2012..

Aku jarang memasang azam tahun baru sebab kdg2 aku rasa aku ni bkn jenis yg boleh merealisasikan azam.  Perjalanan idup aku diteruskan dengan mengikut keadaan semasa dan sekeliling. aku pun x tau nak explain cemana.. tapi.. hanya aku sahaja yg faham.

Kalau nak azam pasal kerja.. bohong je la.. dalam SKT tu pun.. belum tentu boleh laksanakan sepenuhnya.  Kalau bab menulis mmg x dapat disangkal lagi.. ligat ja otak memikir apo.. yg nak ditulisnya.  tapi bab perlaksanaannya.. emm.. buat.. tapi.. bkn 100% tahap kepuasannya.

Tahun ni gak, adik hasya dah nak masuk tadika.. pejam celik pejam celik, dah 4 tahun anak aku tu.. abg hamim dah 5 tahun.. Ya Allah.. Kau permudahkanla hidup kami.

Tahun ni aku kena struggle sikit nak siapkan anak2 pi tabika lagi. Part paling seksa nak mandikan depa.. aduh.. jenuh mendukung. Kalo hamim ok lagi.. kalo hasya.. adehla.. patang pinggang.  Mandi pun sambil pejam mata, part berus gigi lagi.. seksa.. hehe.. nak tergelak kalo teringat balik.. nanti bila depa dah besar boleh la aku cerita balik fi'il depa nanti.

Kerja aku tahun ni.. harap-harap dipermudahkan.  Memandangkan semua kerja aku kena buat sorang, aku harap.. sgt dapat assistant. 

Semoga tahun ni, aku dapat ubah at least 20% tabiat yang x elok dalam diri aku. Insyaallah.. (ini kira pasang azam la kot.. ish la.. tadi kata x mau berazam.. )