Tuesday, 24 July 2012

Missing and Missing

story of my life Part 1

ada  2 maksud missing.  Missing yang bermaksud rindu dan missing yang bermaksu hilang.
these to words meant a lots to me.  Lately, i've been thinking a lots.  There's a lots of thing happen in my life now and years back. 

Kalaulah masa boleh diputar kembali... adakah aku akan berada di sini seperti hari ini atau aku ada seorang insan lain dalam dunia yg berbeza.  Inilah yang dikatakan takdir dan ketetapan dari Allah.  Sebagai insan yang sujud padaNya.. aku redha.. dan bersyukur kerana masih bernyawa dan masih berada dikalangan insan2 yang amat kusayangi.

Now I'm 30's. 

30 years yang mematangkan aku dengan pengalaman hidup. 

dari zaman kanak-kanak hingga remaja kehidupan aku berubah silih berganti.  bersama keluarga tercinta dan berpisah sementara untuk tinggal bersama tok dan chaq.  Tak banyak masa kecil aku bersama keluarga. Darjah 2-3 aku tinggal bersama chaq , tok, Ayu, maksu.. these are antara insan-insan penting dalam idup aku.  then darjah 4-6 aku stay di asrama.  Abah dan Mak tinggal bersama adik di Batu 5.  Chaq meninggal masa aku darjah 6.  (miss him so much).  walaupun chaq garang, tapi aku sayang sgt pada dia. Aku tido dengan dia malam, dan pagi esokknya masa dia sembahyang subuh.. heheh aku curik duit dia 50sen (masa tu 50sen kaya..) nanti nak p sekolah aku dapat lagi 50sen.
Seringgit time sekolah rendah.. oii.. mewah.

(tok dan chaq berpisah masa aku darjah2 lagi. x ingat exactly darjah berapa).

Masuk tingkatan 1, aku mula tinggal dengan Abah dan Mak dan merasa agak kekok memandangkan jarang-jarang bersama mereka.  At that time, aku sgt sensitif!  Asyik ingat kg ja.

Selepas tok meninggal, kami sekeluarga pindah ke rumah pusaka tok.  Then sekali lagi aku terpaksa berpisah dengan family aku untuk tinggal bersama tok tiri aku di kg sebelah.  Tok kematian suami, dulu tinggal bersama cucu lain, tapi cucu tu sambung belajar, so dia tinggal sorang.  (cucu tu sekarang sudah kembali ke rahmatullah kemalangan beberapa tahun lepas.. miss u abeng.  Alfatihah)

sgt sedey waktu tu sebab aku anggap mak aku x sayang aku sbb asyik transfer aku ke sana sini.  Niat mak aku baik sbb nak memudahkan aku bersekolah dan concentrate study. tp jiwa remaja time tu.. mana la nak tau kan.. ujung minggu aku blk umah mak.

Masa aku nak amik SPM, aku tinggal dengan makcik aku di Utan Aji untuk pastikan aku focus pada exam.  Then abis exam, aku kerja di kantin IPTIP sementara tunggu panggilan masuk U.  Susah ulang alik dari umah. Sekali lagi aku pindah ke umah makcik di Batu 5.  Dekat dengan tempat kerja. jalan kaki ja..  see.. I've been transfered to so many 'department' ! huhu...

Luckily aku dapat masuk UiTM Seri Manjung (3 Sem) dan Seri Iskandar (3 Sem). 

This is my greatest moment in my life.  I got many frens and my first time stay away from Perlis.  Saat ni, baru aku mula rapat dengan Abah dan Mak.  Bila berjauhan mcm ni, baru terasa Abah dan Mak tu penting dalam idup. Sebelum ni aku dok rasa mcm Abah dan Mak x sayang aku.  Ntah hapa hapa la..

PART 2

adeh.. panjangnya... plak story

Habis UiTM, aku mula kerja di UniMAP (till now).  Tinggal dengan mak abah dalam hampir 3 tahun, then aku berkahwin dengan BigDaddy.  Bermulalah episod sebagai seorang ISTERI, IBU, dan ANAK.

Sekarang aku amat memahami hati seorang ibu setelah mempunyai 2 anak.  Aku mulai faham betapa mak mana yang x sayang anak dan sanggup berjauhan dengan anak demi kebaikan anak itu sendiri.  Kalau mak aku tak buat mcm tu dulu, aku x tau la macam mana keadaan aku sekarang.  now I understand..

Mempunyai keluarga sendiri memang mudah.. tapi nak menjalani kehidupan berkeluarga.. terlalu banyak onak duri dan perlu give and take. 

Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan dan saling melengkapi.  Kadang-kadang bila diduga.. rasa mcm dah give-up dengan marriage life ni.  Tapi dipikirkan balik.. apa la sangat masalah aku kalau nak dibandingkan dengan masalah org lain yang lebih besar.   So.. redah je...

Kekadang bila tengok keadaan family org lain yang sgt berbeza dengan family kita.. rasa mcm teringin sangat nak ada dalam situasi tu. 

6 tahun hidup bersama, kekadang kemesraan suami isteri semakin berkurangan.  bebanan kerja, bebanan tanggungjawab yang harus dipikul kadang2 mengheret aku menjadi seorang yang lain.  Bila bersama anak2.. suami tu dah letak ke tepi.  mana nak layan suami, mana nak layan anak.. kerja rumah lagi, penat Tuhan saja yang tahu.

Masa untuk diri sendiri tu dah tak ada.  Kekadang dah lupa mcm mana nak menjadikan masa-masa bersama keluarga tu dalam keadaan yang happy dan ceria.  Yes, pastinya keletah anak2 pengubat stress dan kekadang menambah stress.  yang pasti, aku syukur dikurniakan  HAMIM dan HASYA dalam hidup aku.

BigDaddy seorang yang aku rasakan masih belum matang sepenuhnya.  Betul org kata.. lelaki lambat matang.  Dia anak bongsu.. aku anak sulung. We are totally diff.  Seorang yang kadang2 cepat marah tapi cepat cool.  Paling lama mood marah dia aku rasa dalam 2-3 jam ja.  Pastu dia akan cakap elok balik mcm nothing happen. It's good but sometime it's really annoying. hehe.. biasa la..org pompuan akan ingat sekecil-kecil perkara.  Itu yang dok jadi melarat merajuk sehari -dua hari.   Most of the time dia akan buat lawak ntah apa2..dan main dengan anak2 mcm budak2. 

That's him.  Dulu - kini - selamanya (not sure bout that..).  Despite the life we r going through now.. aku terima semua kekurangan dan kelemahan dia kerana aku juga punya kekurangan dan kelemahan.   We'll fix it from time to time.  TOGETHER.  People can change.  Insya Allah..

Disamping hobi dia yang berbagai.. byk gak masa dia dihabiskan untuk hobi berbanding bersama family.  That's why masa aku banyak bersama anak2 as well as menyemai my bad habit.. hehe.. layan TV le.. now i'm in too korean dramas. 

That's how I gain happiness.  

Letter to Myself,

Be strong.   U are sorrounding by people who love u and appreciate u.  Never regret in life! Never look back!

fullstop!

Apa yang aku rindukan dan hilang merupakan lakaran sejarah hidup aku. 


















Wednesday, 29 February 2012

TURBAN

Sejak tgk Nabila berlakon cerita langit mende tah kat TV9 semalam.. dia ada pakai turban ni masa ending.  terus terpikat dan teringin dan mencuba.  Era turban ni dah start dari tahun lepas rasanya. tapi masa tu aku mcm tak interested lagi.. dok rasa mesti nampak pelik kalo aku pakai.  tapi.. ada mcm2 cara dan design yg memikat hati aku.. so.. kita jamu mata nengok ja..







tapi idok la aku nak pakai smpai tahap ni..
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_


(pictures.. from google)


Sunday, 26 February 2012

Anugerah Illahi

Sejak dikurniakan dua anak, hidup aku totally berhijrah ke alam yg lebih mencabar
tambahan lagi jarak cuma setahun, kiranya mcm kembar!
aku akui aku banyak kelemahan dalam mendidik anak
dengan beban kerja pejabat, balik rumah dengan kerja rumah lagi..

kalau zaman masa aku kecik2 dulu, walaupun aku tak stay dengan mak aku 100% tetapi aku tak pernah
terpikir nak buat benda2 tak elok sebab masa tu cabaran dan pengaruh sosial masih di tahap minima
tapi sekarang, walau anak sekecil 2-3 tahun sudah luas pandangan dan pengaruhnya..
pengaruh tv adalah pengaruh yg paling memberikan kesan

mujurla anak aku ni kurang sikit menonton tv kartun2 apa semua tu.. boleh la tgk tak lebih dari 10 minit
hehe.. nak tengok mcm mana dah mummy asyik tukar channel KBS.. aww.. sori anak2 ku

sejak tabika, anak2 aku semakin banyak benda2 baru yang depa terokai daripada yang elok hinggala yg tak berapa nak elok.

Yang elok tu.. Alhamdulillah.. laa.. yang tak elok tu kadang2 boleh menyirap darah..
especially bila kita larang dengan selamba dia kata
"kalau mummy marah abg, abg nak kata tak dengar.. tak dengar"
kalau aku cubit, boleh plak kata.. "tak sakit..tak sakit"

aku selalunya akan cuba secara lembut dulu.. tapi.. selalunya cara lembut mcm mencurah air ke daun keladi..
so, bila aku start amik rotan bagai.. baru la takut. yang adik tu takut dengan rotan, tapi yg abg tu kalau depan kawan2 dia, dia buat ejek ja aku nak rotan dia.

Ya Allah.. berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mendidik anugerah dariMU..

Aku rasa sgt jeles bila tengok parent yang cakap lembut2 dengan anak2, dan anak2 pun dengar kata.  Aku cuba terapkan mcm tu pada anak2 aku, tapi tetap tak JALAN..

mungkin cara pergaulan sekeliling memainkan peranan, cara mummy dan daddy berinteraksi, cara family sebelah aku dan BD berinteraksi.  Biasala orang utara ni bila bercakap, kadang2 agak kasar. Aku melawak dengan BD pun kadang2 kasar gak.  Ada kalanya kami bergaduh kat umah hingga mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar oleh anak2.  Adat berumah tangga.. ada pasang surutnya..

Idola aku dalam mendidik anak2 adalah abg dan kakak ipar aku. Dari zaman aku bercinta dengan BD hinggala sekarang, abg dan kakak ipar aku sentiasa menjadi idola.

Kak Ipar aku cakap dengan abg aku sentiasa lembut dan sgt prihatin pada suami.  Sepanjang abg ipar aku kena strok, kak ipar aku penuh sabar sentiasa disisi abg ipar aku.  Anak lelaki depa ada 3 orang, dan ketiga2 semua cerdik dan boleh diharapkan.

Biarpun budak2 tu remaja, tapi aku tak pernah nampak depa terikut2 pengaruh yang tak elok.  Family comes first.  Sejak abg sakit, yang sulung tangguh belajar satu sem sebab nak bantu mummy dia. Pelajaran sentiasa on top gak. begitu jg dengan adik2 yg lain.

Mudah2 Allah mempermudahkan aku mendidik anak2 aku jadi orang yang berguna dan taat pada suruhanNYA.

Amin..

Monday, 20 February 2012

BLUE

Aku baru sedar yang sejak dari dulu lagi aku mmg meminati kaler biru
dari zaman aku sekolah, aku selalu terikut kawan2 yang suka kaler pink
padahal.. SOUL aku hanya untuk biru..

Sifat Warna Biru :

 melambangkan perasaan yang mendalam,bersifat konsentrasi,cerdas,kejujuran dan patriotik!seorang yang tenang,bijaksana,tidak mudah tersinggung dan mudah mendapat ramai kawan
Hampir 90% kenyataan tu relate dengan aku.. fuhh bangga dengan diri sendiri..

Dan sekarang aku terasa begitu dekat sekali dengan biru.. sangat DEKAT

kalau jumpa beg ni.. aku nakkkkkk

kelengkapan rumah yang diimpikan.. sukanyaaaaa



 bila rumah dah siap nanti.. aku musti akan cuba dominasikan dengan kaler biru.. itupun kalo BD tak luku kepala

yang ni dah beli.. oder kat H&M

high heel kau.. yang aku ada cuma selipar bling2 kaler biru


ini masa kat USS, baju pink pun nak gakk.. pakai tudung biru..

kalau aku boleh bli semua jeans ni sekaligus.. emm alangkahhhh...

my feveret tudung

ini pun biru gakkkk

yang ni.. owwcchhh.. sgt teruja kalo boleh pakai.. tapi apakan daya.. aku bukan aretisss

DAN.... AKU SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SUKA PADA

-
-
-
-
-
-


(semua picta ni cilok dari google.. jg dari koleksi aku sendiri)

BEGITULAH ALKISAH KEGILAAN AKU PADA WARNA BIRU

BB oii

Mana dia BB aku..
cari tak jumpa ni..
kena cari nujum gak tlg tengok sat dok tang mana
akibat dok lengai sgt
tu dia laaa

Wednesday, 15 February 2012

obses + obes!



Sure korang semua dah pernah makan steambot ni kan.  Ini mmg feveret 4 ever aku.. sgttt.. feveret.. kalau ini dengan nasi, aku pilih stimbot ni lagi..

Aku paling suka stimbot yang boleh grill sekali.. fuhh mmg ngancam abis!

Yg aku dok membebel pasal stimbot ni bukannya apa.. pasai.. BD mungkir janji nak p mkn stimbot kat kedai baru dekat umah mak mentua aku tuh..

aiyoo.. mlm kemarin ajak.. dia kata ada hal dgn kawan.. so tak pa la..

semalam ajak.. dia buat kilas2, tapi kata ok.. aku berkobar2 la.. syiok

dalam pkl 8 lebih aku dah siap jeans bagai.. bukak pintu bilik.. amboi.. dia tergedang elok mcm ikan paus atas katil.. siap ada soundtrack lagi.. adehhhh sakit ati oiii..

aku geram.. bawa anak keluar p jalan2 kat luar, beli makan.  Tup2 mak mentua tel suruh tlg beli ubat sakit gigi.  Aku pun beli dan p antar kat umah dia..

Dia semawa makan nasi, ada gulai udang rampai dengan pisang dan belimbing buluh.. mak aii.. mana boleh tolak.. aku bedal 2 pinggan nasi dengan anak2.  yg beli bungkus tu.. dok elokkk ja atas keta.

balik umah dengan harapan BD akan tanya la p mana pa semua.. tapi..

BD MASIH LENA DIBUAI MIMPI.. mcm x dak apa2 berlaku &UT*#^$#&$(#&%

pagi tadi.. dia siap kata .. AYG MARAH SBB ABG TERLENA SEMALAM KE?

Aku zip mulut dan keluar p kerja.  And sempat antar sms dalam keta

" This the last time ayg ajak abg. No more after this. I'll go with my frens. Fullstop"
(ini ayat omputih.. kalao dalam bahasa melayunya lagi panjang la.. siap dengan nahu bagai ye.. sms aku dalam BM yee..)

dan sekarang.. masih marah lagi!.. Hello guys.. susah sgt ke bini nak ajak makan ja.. nak belanja plak tu..
kalau dengan kawan2 , terjun sungai pun sanggup.

haa.. kan dah kata.. blog ni untuk aku luah perasaan aku ja.. please don't judge.

U don't know me, and I don't know u. 

Wednesday, 8 February 2012

Dear Abah

Hari ni aku mendengar kisah sedih seorang ayah yg sakit seorang diri jauh dari anak dan isteri, dan akhirnya meninggal di pangkuan anak di hari akhirnya.

Mudah-mudahan perkara sebegini tidak berlaku dalam keluarga aku

Andai kata Abah aku mengadap illahi
aku harap pemergiannya dalam keadaan yang sempurna
berada di sisi anak2 dan isteri
biarlah kami dapat melihat dia hingga ke saat akhirnya

sekarang Abah aku masih kuat bekerja
walaupun umur sudah hampir menjengah 60an
kadang2 ada demam dan gout yg muncul datang dan pergi

selain itu, Abah dalam kategori sihat
mungkin sebab budaya kerja kuat dia
yang membuatkan dia kekal sihat

Abah boleh dikatakan tegas dan pendiam kala dia marahkan sesuatu
Kami adik beradik mmg takut dgn Abah
Tapi kadang2 dia boleh jadi pelawak jg

Bila dah dapat cucu
Abah amat sayang cucu2 sampaikan cucu naik atas kepala pun x jadi hal
kalau kami dulu.. uiii.. nak x pernah terlintas dalam kotak hati

Sebagai anak sulung, aku rasa aku masih banyak kekurangan
patutnya aku dah boleh minta abah rehat dalam usia2 bgini
tapi apakan daya.. gaji aku sekadar cukup utk kami anak beranak aja
Adik aku masih ada sorang lagi kat UiTM

Aku sedih sgt bila tak dapat bantu Abah dalam bab kewangan ni
Aku nakkkkk sngat bagi duit banyak2 untuk abah
hantar mak dan abah p Mekah..
Ya Allah.. Kau murahkanlah rezeki aku supaya aku..

Biar abah dan mak rehat dan menghabiskan usia dengan anak cucu
Aku tau.. duit bukan segalanya..
tapi kita semua tau yang duit itu amat penting dalam hidup kita
buka mulut aja.. duit.. celik mata aja.. duit..
masuk tandas pun kena duit.. inikan pula nak mkn minum

Abah.. Cheq sayang abah...
maafkan cheq sebab cheq tak dapat bantu abah dalam semua hal
bila dah bekeluarga sendiri ni
baru cheq tau mcm mana susahnya tanggungjawab menjaga keluarga
cheq bangga sebab keluarga kita happy walaupun kita bukannya org berada

Terima kasih abah